PERTEMUAN
Budak
perempuan itu berjalan menyusun langkahnya mengikuti lelaki yang berada di hadapannya
dengan perlahan. Sudah beberapa kali lelaki itu berhenti seolah-olah sengaja
menunggu supaya budak perempuan itu mendekatinya. Budak perempuan itu pula hanya
mengikuti secara senyap, takut akan diketahui lelaki itu, lebih-lebih lagi
apabila dia berada di dalam sebuah hutan yang tebal jauh daripada sebarang
pertembungan tamadun mahupun manusia yang lain. Pertemuannya dengan lelaki itu
merupakan suatu kebetulan yang aneh sekali dan sebagai seorang perempuan yang
masih lagi kanak-kanak dia harus berhati-hati.
Lelaki itu memakai jubah berwarna
hitam menutupi seluruh badannya dan berkerudung menutupi kepala dan mukanya
sekaligus menimbulkan perasaan curiga kepada hati budak perempuan itu namun,
dia terus berjalan mengikuti lelaki itu menolak perasaan curiga kerana lelaki
itu adalah satu-satunya harapan untuk keluar dari hutan ini. Bila dan bagaimana
dia sesat di dalam hutan ini, dia sendiri sudah lupa.
Pengekoran perempuan itu ternyata
gagal apabila jejak lelaki itu hilang di sebalik semak-samun yang tebal dan
tinggi. Dia cemas lalu tanpa berfikir panjang berlari ke arah semak-samun itu
sebelum tersandung pada akar pokok yang tersembunyi. Kesakitan yang dialaminya
dicuba untuk disimpan di dalam hati. Kemudian apabila dia mengangkat kepalanya
segala kesakitan, ketakutan dan kerisauan seolah-olah hilang dari
hatinya.Dilihat sekelilingnya terdapat sebuah taman yang dikelilingi bunga,
rumput ,tasik ,air terjun dan pelbagai lagi keindahan alam yang ada seperti di
dalam kayangan.
“Siapakah awak, boleh saya tahu?”
sebuah suara menanyakannya lalu menyebabkan perempuan itu menoleh ke belakang
sebelum tersandung akan sesuatu menyebabkan dia terjatuh sekali lagi tapi kali ini
ke atas himpunan bunga-bunga lembut yang menyambut badannya. Dia mengumpulkan
seluruh tenaganya berdiri kembali lalu mengalih pandangannya ke arah suara
tersebut.
Seorang kanak-kanak lelaki yang
sebaya dengannya berdiri berhampiran dengannya. Dia seakan-akan ingin ketawa
tetapi tersenyum cuba untuk
menyembunyikan ketawanya. “Mengapa awak ketawa?” spontan perempuan itu
bertanya.
“Tidak, saya tak ketawa,” balas
lelaki itu cuba untuk menyembunyikan ketawanya. “Saya tahu awak ketawa. Jangan
cuba nak nafikan pula,” tegas perempuan itu.
“Daripada awak bertengkar tentang
hal remeh-temeh ini, apa kata awak beritahu nama awak dahulu. Senang saya nak
panggil awak nanti,” saran lelaki itu.
“Mengapa saya pula yang harus
beritahu nama saya dahulu, awaklah beritahu nama awak dahulu,”katanya tidak
berpuas hati.
“Baiklah, nama saya Nur. Nama awak?”
“Bayu,
nama saya Bayu,”jawabnya.
“Bayu,
bagaimana awak sampai ke sini? Tempat ini bukannya untuk kanak-kanak seperti
awak bermain. Lebih-lebih lagi di sini ialah Rimba Larangan,” kata Nur.
“Untuk
apa awak tahu dan kenapa pula saya tidak boleh bermain di sini, awak pun budak
juga, bukan?” balas Bayu.
“Tapi
saya lelaki,”
“Ohh,
jadi disebabkan saya perempuan jadi saya tak boleh main di sini. Ini tidak
adil,”
“Bukanlah
sebab itu tapi err...” kata Nur cuba untuk menjelaskan situasi yang sebenarnya
kepada Bayu namun lidahnya kelu tidak mampu berkata apa-apa apabila melihatkan
mata Bayu yang mula berair.
“Kenapa
awak menangis, janganlah menangis, tolonglah,” pujuk Nur.
“Saya
tak kira, saya nak balik juga,” rintihnya.
“Apa
kata kalau saya bawa akan bawa ke tempat yang menarik di sekitar rimba ini,”
pujuknya lagi.
“Hmm,
tempat yang menarik, awak selalu ke masuk ke dalam rimba ini?” tanya Bayu yang
sudah mula berubah perasaannya.
“Taklah
baru hari ini saya masuk ke dalam rimba ini. Saya baru sahaja jumpa tempat itu
tadi tapi jika awak nak saya boleh tunjukkan,”
kata Nur dengan ghairah.
“Baik,
kalau begitu awak kena bermain dengan saya sekali,” kata Bayu.
“Tiada
masalah, marilah biar saya tunjukkan semuanya kepada awak,”balas Nur.
Waktu
“Lekas,
Bayu, lekas. Hari sudah semakin gelap, jika kita lambat kita akan terperangkap
di dalam rimba ini hingga esok pagi dan kau pasti tahu apa yang terjadi jika
dua orang kanak-kanak berada di dalam rimba ini seorang diri pada waktu malam
tanpa dewasa yang menemani,”gesa Nur
“Ya
aku tahu dan aku tidak perlukan kamu untuk memberitahu aku mengenai perkara
itu,”jawab Bayu.
“Kita
sepatutnya sedar akan peredaran waktu lebih awal lagi, Nur,”tambahnya lagi.
“Tapi
bukankah kamu juga yang ingin terus bermain sehingga tadi,”balas Nur.
“Jadi
sekarang kamu ingin menyalahkan saya?” soal Bayu sambil memberhentikan langkahnya.
“Ini
bukannya masa untuk bergaduh, cepatlah kita harus beredar dengan segera,” gesa
Nur.
“Tak
nak, lagi pula saya sudah penat. Kakiku sudah tidak mampu diangkat walaupun untuk
selangkah cuma,”jelas Bayu.
Buntu
dengan situasi yang berlaku Nur mengambil keputusan getir untuk mendukung Bayu.
Bayu yang sama sekali tidak tahu akan apa yang difikirkan oleh Nur terkejut
sama sekali dengan tindakan Nur. “Wahh, Nur, apa yang cuba kamu lakukan?” kata Bayu
dengan muka yang merah.
“Apa?
Kamu masih belum jelas dengan perkara yang aku buat sekarang. Sudah tentulah
aku mendukung kamu wahai Bayu. Takkan aku hendak meninggalkan kamu berseorangan
di sini pula,”jawab Nur sambil mengendong Bayu di belakangnya. Bayu kelu seribu
bahasa tidak mampu membalas kata-kata Nur. “Tapi mengapa harus kau mengendong
aku?” kata Bayu dengan suara yang tersekat-sekat. “Bukankah tadi kau yang kata
bahawa kau sudah tidak mampu melangkah lagi, ataupun tadi itu hanya sekadar
omongan kosong kamu?” kata Nur namun tidak dijawab.
“Memandangkan
kamu sudah penat dan mustahil untuk aku mengendong kamu pada waktu yang sama
mencari jalan keluar dari hutan ini maka aku sarankan supaya kita mencari
tempat bermalam dahulu,”saran Nur.
“Tempat
untuk bermalam, kau pastikah? Tidak bolehkah kita cuba mencari jalan keluar
supaya kita boleh keluar sekarang juga?” kata Bayu bersungguh-sungguh cuba
untuk untuk meyakinkan Nur untuk mencari jalan keluar malam ini juga.
“Bercakap
sememang lebih senang daripada bertindak, lebih-lebih lagi apabila seseorang
itu mengendong seseorang dan pada masa yang sama mencari jalan di dalam
kegelapan rimba,”balas Nur sinis. Kali ini Bayu cuba untuk membalas balik
tetapi dipatahkan oleh Nur. “Jika kamu mempunyai tenaga untuk melawan balik
kata-kata aku, apa kata jika kamu gunakan tenaga itu untuk mencari tempat
bermalam, lebih bagus.”
“Tadi
aku ada nampak sebuah istana lama. Kita sepatutnya boleh bermalam di situ,”jelas
Bayu yang cuba untuk bertolak ansur dengan Nur.
“Istana
lama? Tetapi aku tidak pernah lihat pun sebuah istana pun di rimba ini. Apa kau
pasti yang kau lihat itu sebuah ilusi?” kata Nur.
“Itu
bukannya sebuah ilusi, saya tahu istana itu wujud, saya sendiri yang lihat istana
itu tadi!” tegas Bayu sambil memukul belakang Nur.
“Aduh,
ya, ya, awak betul, janganlah pukul saya lagi sakit tahu tak, dahlah saya
sekarang mengendong awak lepas itu dipukul pula, sampai hati awak buat saya
begini,” pinta Nur dengan suara yang sedih seolah-olah menginginkan simpati
Bayu. Bayu tersenyum puas lalu berkata, “Itulah siapa suruh awak tak percayakan
saya, kan dah kena.”
“Iyalah,
awaklah yang menang sekarang apa yang awak tunggu lagi, tunjukkanlah arah
istana yang awak dengar itu,” kata Nur.
“Di
sebelah sana, di puncak bukit itu, ,” ujar Bayu sambil menundingkan jari
telunjuknya ke arah bukit yang terletak tidak jauh daripada tempat mereka
berdiri. “Jauhnya, nampaknya terpaksalah saya mendukung awak ke sana. Awak
sudahlah berat, terasa menyesallah pula,” kata Nur sambil mengeluh.
“Mana
ada, saya tak beratlah janganlah cuba mempermainkan saya lagi,” balas Bayu sambil
memukul belakang badan Nur sekali lagi.
Bermalam
“Adakah istana ini yang kamu
maksudkan tadi Bayu, kelihatannya istana ini sudah lama tidak berpenghuni,”
kata Nur kepada Bayu.
“Ya,
dan istana ini kelihatan menyeramkanlah, Nur. Saya takutlah, Nur” kata Bayu.
“Bukankah
kamu juga yang cadangkan tempat ini, cepatlah jangan takut sayakan ada, Bayu,”
pujuk Nur sambil memandangkan Bayu tersenyum. Hati Bayu menjadi sedikit lega
namun ketakutannya tetap ada.
“Baiklah,
sebelum kita masuk apa kata jika saya nyalakan obor ini dahulu. Tak perlulah
kita bergelap lagi,” saran Nur sambil menunjuk ke arah sebatang obor yang tidak
menyala tidak jauh daripada mereka. “Kalau begitu cepatlah lagipun hari sudah
semakin gelap tak lama lagi suasana pasti akan menjadi semakin sejuk,” ujar
Bayu. Selepas menyalakan obor tersebut Nur dan Bayu memasuki kawasan istana
lalu melepasi pintu utama istana.
Setibanya
mereka di dalam istana, Nur dan Bayu menyalakan semua obor dan pelita untuk menerangi seluruh ruang
istana. Keadaan istana yang tadinya gelap dan suram kini menjadi cerah dan
seolah-olah hidup dengan nyalaan obor-obor dan pelita tadi.
“Bukankah
keadaan sekarang lebih terang dan baik daripada tadi. Kamu sudah tidak begitu
takut lagi bukan,” ujar Bayu.
“Emm,”
jawab Nur sambil mengangguk kepalanya tersenyum.
“Kau
tahu Bayu hiasan di istana ini seolah-olah masih dijaga dengan baik, tidak ada
walau secalit debu pun yang ada di atasnya. Bagaikan masih dijaga dengan rapi
oleh seseorang,” kata Bayu.
“Ahh
ja..janganlah kata begitu Nur. Kamu pun tahu aku tidak begitu suka dengan
perkara yang kamu cakapkan tadi, perkara itu membuatkan aku takut,” kata Bayu
dengan gagapnya.
Melihatkan
reaksi Bayu yang sudah hampir menangis, Nur lantas mencari akal untuk
mengalihkan topik perbualan mereka supaya Bayu tidak mula menangis. “Kamu tahu
tak Bayu, dari tadi aku lihat terdapat banyak simbol sayap. Daripada pintu gerbang
tadi hinggalah ke dalam balairung seri ini semuanya pasti ada simbol sayap,
kenapanya agaknya?” tanya Nur. Walaupun dia tahu yang soalan yang ditanyanya
agak bodoh kerana dia tahu jawapanyan tetapi dibiarkan sahaja soalan itu
diucapkan oleh mulutnya.
“Ini
kerana sayap itu ialah jata kerabat diraja kerajaan Rajawali lama sebelum garis warisan takhta bertukar dua
generasi dahulu. Dikatakan bahawa pada zaman penubuhan kerajaan Rajawali, raja
pertamanya mempunyai sayap malah istananya pula bertempat di dalam Rimba
Larangan ini. Itu mengapa orang ramai dilarang memasuki kawasan rimba ini,
bukannya kerana terdapat sumpahan ataupun jembalang di sini. Itu semua hanya
karut semata-mata,” terang Bayu dengan panjang lebar. Pertanyaan Nur tadi
ternyata membuahkan hasil, Bayu sudah melupakan segala ketakutannya tadi malah
menjadi lebih bersemangat.
“Ohh,
begitu. Barulah saya faham,” ujar Nur. “ Tapi bagaimana kamu tahu sebegitu
dalam tentang sejarah kerajaan kita?” soal Nur
“Mengapa,
kamu tidak percaya? Itulah lain kali jangan cuba pandang rendah terhadap kaum perempuan, tahu?” sinis Bayu kepada Nur. Ishh, aku pula yang terkena
menyesallah pula aku tanya dia, ujar hatinya.
“Sekarang
apa kata kita makan dahulu, tadi saya ada nampak makanan di dapur sebentar
tadi,” cadang Nur.
“Makanan?
Tapi bagaimana pula ada makanan di sini, bukankah istana ini sudah lama
ditinggalkan?”ujar Bayu.
“Saya
tidak tahu dan saya tidak mahu tahu tapi yang penting sekarang ialah kita harus
mengisi perut kita sekarang atau tidak kita harus kelaparan hinggalah kita
kembali di kediaman kita esok dan itu pun belum tentu kita boleh makan,” tegas
Nur. Bayu yang tadinya tidak bersetuju akan cadangan Nur akhirnya terpaksa
bersetuju juga.
“Nur
cara awak makan tidak bersopanlah cubalah awak bersopan sedikit seperti saya,”
ujar Bayu.
“Tapi
saya tidak tahu bagaimana adab di atas meja. Awak ajarlah saya,”kata Nur.
“Baiklah,
pertama sekali awak kena tegakkan badan awak seperti saya tapi jangan terlalu
tegak macam kayu dan makan dengan sudu. Apabila menggunakan sudu itu, janganlah
pula mulut kita datang kepada sudu tetapi sudu yang datang kepada mulut kita,
seperti begini,”ajar Bayu sambil menunjukkan cara-caranya kepada Nur. Lagaknya
tidak ubah bagaikan seorang guru mengajar anak muridnya. Nur hanya mendengar
dan mengikutinya secara perlahan-lahan dan suasana ruang makan istana itu hidup
dengan telatah dan gelagat dua orang kanak-kanak itu. Tidak lama kemudian,
timbul satu lagi masalah untuk Nur dan Bayu. Masa untuk tidur.
“Alah,
Nur, tidurlah dengan saya. Saya tidak mahu tidur seorang diri di dalam bilik itu
seorang diri, takutlah,” pinta Bayu kepada Nur sambil memeluk tangannya.
“T..ta..tapi
tak naklah awak tidurlah seorang awak kan perempuan, saya lelaki, mana boleh
perempuan dan lelaki tidur bersama,” tegas Nur dengan muka yang merah, malu
dengan saranan Bayu.
“Ala,
kitakan budak-budak lagi, mana ada apa-apa, cepatlah,”
Dan
keadaan ini berterusan sehinggalah Nur mengalah dan memasuki bilik tidur utama
bersama-sama Bayu yang masih memeluk tangan Nur dengan erat walaupun terdapat
sedikit kekecohan yang berlaku tetapi kemudiannya mereka tidur dengan aman dan
nyenyak sekali bagaikan bayi.
Pendedahan
Pada
keesokkan paginya, mereka dikejutkan dengan sesuatu yang mereka tidak sama
sekali mereka jangka . Seorang lelaki yang berjubah menutupi badannya dan
berkerudung menutupi kepalanya berdiri di hadapan mereka seperti sedang
menunggu mereka untuk bangun .
Awal
pagi itu, Bayu bangun lebih awal daripada Nur apabila dia melihat lelaki itu
lalu menjerit sehingga jeritannya itu memenuhi isi istana dan mengejutkan Nur.
Nur yang terpinga-pinga bangun melihat lelaki itu dan menunjukkan reaksi yang
serupa dengan Bayu. Mereka terpegun melihat lelaki itu.
Tidak
lama kemudian lelaki itu mula bersuara, “Janganlah kamu berdua takut akan aku.
Aku pun sama seperti kamu manusia juga cuma lebih berusia.”
“S..ss...si..siapakah
awak, boleh saya tahu?” tanya Bayu yang sudah mula pulih daripada kejutan tadi.
“Namaku
tidaklah penting untuk kamu berdua tahu namun
jika kamu ingin tahu juga panggil sahaja aku Si Tua Bijaksana, itulah
yang mereka gelar aku dahulu.”katanya.
“Mereka?”soal
Bayu.
“Ya,
mereka yang pernah tinggal di istana ini tidak lama dahulu,” balasnya.
“Bila
kali terakhir istana ini mempunyai penghuni?” soal Nur.
“Sebelas
kurun atau sepuluh kurun? Aku sendiri juga sudah lupa,” jawabnya. Jawapan yang
diberikan oleh Tua Bijaksana itu membuatkan Nur dan Bayu terkejut dan dipenuhi
oleh persoalanan.
“Istana
ini mempunyai keistimewaannya sendiri, ia mampu memberi kepada seseorang itu
kuasa bergantung kepada kesucian hati dan niat murninya. Ia sendiri telah
memberi kepada aku dengan izin Tuhan, suatu jenis kesaktian dan umur yang
panjang,” terang Si Tua Bijaksana kepada mereka berdua.
“Jadi
itu bermakna kami juga telah menerima kuasa daripada istana ini?” tanya Nur
dengan nada yang ghairah.
“Dengan
izin Tuhan, kamu berdua mungkin telah pun menerima kuasa itu namun itu
terpulang juga dengan kesucian hati kamu dan niat murni kamu sendiri, jika
hatimu suci dan niatmu murni maka semakin hebatlah kuasa kamu nanti,”
terangnya.
“Bagaimana
pula kami tahu kami sudah memilikinya?” tanya Bayu.
“Apabila
tiba masanya nanti kamu akan tahu tentangnya. Ada apa-apa soalan lagi?”
balasnya.
“Ya,
satu sahaja lagi. Adakah kamu yang menunjukkan jalan ke taman kepada saya di
hutan semalam?” tanya Bayu.
Dia
diam buat seketika lalu membuka kerudungnya dan menunjukkan mukanya sambil tersenyum
ke arah Bayu. “Mari tentu kamu berdua sudah lapar. Saya sudah sediakan sarapan
dan air mandian untuk kamu selepas itu saya akan tunjukkan jalan keluar dari
rimba ini supaya kamu boleh pulang ke rumah masing-masing,”katanya sambil
mengalih tajuk perbualan mereka.
“Saya pasti keluarga kamu berdua pasti amat
bimbang dengan kamu berdua lebih-lebih lagi keluarga kamu Bayu, habis satu
negeri kecoh dengan kehilangan kamu,”katanya lagi.
“Hah,
kenapa pula perlu seluruh negeri kecoh dengan kehilangan Bayu?” soal Nur.
“Hmm,
oh, ya, betul kau belum lagi tahu identiti Bayu yang sebenar bukan.”
“Bayu
itu sebenarnya adalah puteri kerajaan Rajawali malah puteri tunggal Raja
Iskandar dan Ratu Aishah, pemerintah terkini kerajaan Rajawali.”
“P.put..puteri!Bayu,
kamu seorang puteri!” kata Nur dengan gagap.
“Ya,
kamu tidak tahu ? Oh, ya, saya tak beritahu awak sebelum ini,maaflah,ya. Tua
marilah kita makan saya sudah lapar ni,”kata Bayu sambil tersenyum.
“Baiklah,
tuan puteri mari saya tunjukkan jalannya,” balas Tua Bijaksana sambil memegang
tangan Bayu lalu berjalan meninggalkan Nur yang masih lagi dalam keadaan
terkejut.
Perpisahan
“Inilah
jalan yang akan membawa kamu berdua keluar daripada rimba ini, tiada halangan
lagi di hadapan, kamu berdua hanya perlu terus berjalan dan kemudian kamu akan menemui
jalan keluar tidak lama kemudian,” arah Si Tua Bijaksana.
“Kamu
tidak mengikut kamikah, Tua?” tanya Bayu.
“Sudah
berkurun lamanya aku mendiami rimba ini, menjaga Istana Mahameru,tidak pernah
pun aku menjejakkan kaki aku keluar dari rimba ini walaupun sehari, apa yang
kamu berdua fikir sehingga mampu membuat aku mengubah keputusan yang sudah lama
aku tetapkan,” katanya.
“Kamu
pasti, Tua?”
“Ya,
aku pasti dengan keputusan aku. Janganlah kamu berdua bersedih akan perpisahan
ini, apabila tiba waktunya nanti kita semua pasti akan berjumpa lagi.” Katanya
lagi menenangkan hati Nur dan Bayu.
Selepas
mengucapkan selamat tinggal kepada Si Tua Bijaksana mereka pun berjalan
menyusuri jalan yang ditunjukkan oleh Si
Tua tadi. Tidak beberapa lama kemudian mereka pun berjaya keluar daripada rimba
tersebut.
“Akhirnya,
kita akan berpisah di sini bukan?” kata Nur.
“Ya,
dan aku pasti akan rindu akan kamu nanti,” kata Bayu.
“Nah,
ambillah kain sapu tangan ini. Kain sapu tangan ini adalah warisan datukku
ketika dia tinggal di istana dahulu, ia adalah harta yang amat berharga bagi
aku. Aku ingin kamu menyimpankannya untuk aku. Suatu hari nanti apabila kita
berjumpa lagi, tunjukkanlah sapu tangan ini dan aku pasti akan mengenali kamu,”
kata Nur sambil menghulurkan sapu tangan yang mempunyai sulaman sayapyang berwarna putih keemasan.
“Wah,
cantiknya sapu tangan ini. Terima kasih Nur, tapi tak adillah jika awak saja
yang beri hadiah pada saya. Saya pun nak bagi hadiah pada awak.”
“Tak
perlulah, awak tak payahlah susahkan diri awak”
“Nah, jaga loket saya ini baik-baik tahu,
loket ini seperti mana sapu tangan awak adalah warisan keluarga saya cuma lebih
tua daripada sapu tangan awak namun tetap merupakan barang yang amat berharga
bagi saya,”kata Bayu sambil memberi loket yang berada di lehernya.
“Baiklah,”kata Nur sambil menerima loket yang
berukiran tersebut.
“Ahh,
saya nak bagi awak satu lagi hadiah tapi awak kena tutup mata awak dahulu,”arah
Bayu.
“Kenapa
nak tutup mata pula?”soal Nur.
“Ala,
tutuplah mata”rayu Bayu.
“Yalah,
yalah, saya tutup matalah ni” kata Nur menurut rayuan Bayu. Kemudian satu
sensasi yang basah namun hangat hinggap di pipi Nur. Nur terkejut lalu membuka
matanya lalu mengusap pipinya, dilihatnya Bayu sedang tersenyum terhadapnya.
“Awak...awak..”
gagap Nur dengan muka merahnya, malu untuk meneruskan percakapannya.
“Shh,
ingat, ini rahsia tahu,” kata Bayu sambil meletakkan jari telunjuk di mulutnya.
“Yy..ya,”
akur Bayu.
“Bila
tiba masanya nanti, tunjukkanlah loket ini sebagaimana saya akan tunjukkan sapu
tangan awak,” saran Bayu. “Dengan itu mudahlah kita hendak mengecam satu sama
lain nanti,”tambahnya lagi.
“Saya
pasti kita akan berjumpa lagi nanti. Saya pasti akan cari awak,”kata Nur.
“Janji?”
“Ya,
saya janji,”balas Nur.
best jugak cerpen niee...wahhh...senang cite best la...Bayu n Nur..saling tolong menolong antara kawan2...mnunujukkan sahabat yg sejati..hope sgt kite smue mcm nie...xde la asyikkk bergaduh je sesama kite..
ReplyDelete