Labels

Wednesday 13 February 2013

Pertemuan

Ini sebenarnya karya lama. Saya menulis cerpen ini ketika Tingkatan 4. Waktu itupertama kali saya menulis cerpen dan ini adalah di antara karya sulung saya.


PERTEMUAN
Budak perempuan itu berjalan menyusun langkahnya mengikuti lelaki yang berada di hadapannya dengan perlahan. Sudah beberapa kali lelaki itu berhenti seolah-olah sengaja menunggu supaya budak perempuan itu mendekatinya. Budak perempuan itu pula hanya mengikuti secara senyap, takut akan diketahui lelaki itu, lebih-lebih lagi apabila dia berada di dalam sebuah hutan yang tebal jauh daripada sebarang pertembungan tamadun mahupun manusia yang lain. Pertemuannya dengan lelaki itu merupakan suatu kebetulan yang aneh sekali dan sebagai seorang perempuan yang masih lagi kanak-kanak dia harus berhati-hati.


            Lelaki itu memakai jubah berwarna hitam menutupi seluruh badannya dan berkerudung menutupi kepala dan mukanya sekaligus menimbulkan perasaan curiga kepada hati budak perempuan itu namun, dia terus berjalan mengikuti lelaki itu menolak perasaan curiga kerana lelaki itu adalah satu-satunya harapan untuk keluar dari hutan ini. Bila dan bagaimana dia sesat di dalam hutan ini, dia sendiri sudah lupa.
            Pengekoran perempuan itu ternyata gagal apabila jejak lelaki itu hilang di sebalik semak-samun yang tebal dan tinggi. Dia cemas lalu tanpa berfikir panjang berlari ke arah semak-samun itu sebelum tersandung pada akar pokok yang tersembunyi. Kesakitan yang dialaminya dicuba untuk disimpan di dalam hati. Kemudian apabila dia mengangkat kepalanya segala kesakitan, ketakutan dan kerisauan seolah-olah hilang dari hatinya.Dilihat sekelilingnya terdapat sebuah taman yang dikelilingi bunga, rumput ,tasik ,air terjun dan pelbagai lagi keindahan alam yang ada seperti di dalam kayangan.
            “Siapakah awak, boleh saya tahu?” sebuah suara menanyakannya lalu menyebabkan perempuan itu menoleh ke belakang sebelum tersandung akan sesuatu menyebabkan dia terjatuh sekali lagi tapi kali ini ke atas himpunan bunga-bunga lembut yang menyambut badannya. Dia mengumpulkan seluruh tenaganya berdiri kembali lalu mengalih pandangannya ke arah suara tersebut.
            Seorang kanak-kanak lelaki yang sebaya dengannya berdiri berhampiran dengannya. Dia seakan-akan ingin ketawa tetapi tersenyum cuba untuk  menyembunyikan ketawanya. “Mengapa awak ketawa?” spontan perempuan itu bertanya.
            “Tidak, saya tak ketawa,” balas lelaki itu cuba untuk menyembunyikan ketawanya. “Saya tahu awak ketawa. Jangan cuba nak nafikan pula,” tegas perempuan itu.
            “Daripada awak bertengkar tentang hal remeh-temeh ini, apa kata awak beritahu nama awak dahulu. Senang saya nak panggil awak nanti,” saran lelaki itu.
            “Mengapa saya pula yang harus beritahu nama saya dahulu, awaklah beritahu nama awak dahulu,”katanya tidak berpuas hati.
            “Baiklah, nama saya Nur. Nama awak?”
“Bayu, nama saya Bayu,”jawabnya.
“Bayu, bagaimana awak sampai ke sini? Tempat ini bukannya untuk kanak-kanak seperti awak bermain. Lebih-lebih lagi di sini ialah Rimba Larangan,” kata Nur.
“Untuk apa awak tahu dan kenapa pula saya tidak boleh bermain di sini, awak pun budak juga, bukan?” balas Bayu.
“Tapi saya lelaki,”
“Ohh, jadi disebabkan saya perempuan jadi saya tak boleh main di sini. Ini tidak adil,”
“Bukanlah sebab itu tapi err...” kata Nur cuba untuk menjelaskan situasi yang sebenarnya kepada Bayu namun lidahnya kelu tidak mampu berkata apa-apa apabila melihatkan mata Bayu yang mula berair.
“Kenapa awak menangis, janganlah menangis, tolonglah,” pujuk Nur.
“Saya tak kira, saya nak balik juga,” rintihnya.
“Apa kata kalau saya bawa akan bawa ke tempat yang menarik di sekitar rimba ini,” pujuknya lagi.
“Hmm, tempat yang menarik, awak selalu ke masuk ke dalam rimba ini?” tanya Bayu yang sudah mula berubah perasaannya.
“Taklah baru hari ini saya masuk ke dalam rimba ini. Saya baru sahaja jumpa tempat itu tadi tapi jika awak nak saya boleh tunjukkan,”  kata Nur dengan ghairah.
“Baik, kalau begitu awak kena bermain dengan saya sekali,” kata Bayu.
“Tiada masalah, marilah biar saya tunjukkan semuanya kepada awak,”balas Nur.

Waktu
“Lekas, Bayu, lekas. Hari sudah semakin gelap, jika kita lambat kita akan terperangkap di dalam rimba ini hingga esok pagi dan kau pasti tahu apa yang terjadi jika dua orang kanak-kanak berada di dalam rimba ini seorang diri pada waktu malam tanpa dewasa yang menemani,”gesa Nur
“Ya aku tahu dan aku tidak perlukan kamu untuk memberitahu aku mengenai perkara itu,”jawab Bayu.
“Kita sepatutnya sedar akan peredaran waktu lebih awal lagi, Nur,”tambahnya lagi.
“Tapi bukankah kamu juga yang ingin terus bermain sehingga tadi,”balas Nur.
“Jadi sekarang kamu ingin menyalahkan saya?” soal Bayu sambil memberhentikan langkahnya.
“Ini bukannya masa untuk bergaduh, cepatlah kita harus beredar dengan segera,” gesa Nur.
“Tak nak, lagi pula saya sudah penat. Kakiku sudah tidak mampu diangkat walaupun untuk selangkah cuma,”jelas Bayu.
Buntu dengan situasi yang berlaku Nur mengambil keputusan getir untuk mendukung Bayu. Bayu yang sama sekali tidak tahu akan apa yang difikirkan oleh Nur terkejut sama sekali dengan tindakan Nur. “Wahh, Nur, apa yang cuba kamu lakukan?” kata Bayu dengan muka yang merah.
“Apa? Kamu masih belum jelas dengan perkara yang aku buat sekarang. Sudah tentulah aku mendukung kamu wahai Bayu. Takkan aku hendak meninggalkan kamu berseorangan di sini pula,”jawab Nur sambil mengendong Bayu di belakangnya. Bayu kelu seribu bahasa tidak mampu membalas kata-kata Nur. “Tapi mengapa harus kau mengendong aku?” kata Bayu dengan suara yang tersekat-sekat. “Bukankah tadi kau yang kata bahawa kau sudah tidak mampu melangkah lagi, ataupun tadi itu hanya sekadar omongan kosong kamu?” kata Nur namun tidak dijawab.
“Memandangkan kamu sudah penat dan mustahil untuk aku mengendong kamu pada waktu yang sama mencari jalan keluar dari hutan ini maka aku sarankan supaya kita mencari tempat bermalam dahulu,”saran Nur.
“Tempat untuk bermalam, kau pastikah? Tidak bolehkah kita cuba mencari jalan keluar supaya kita boleh keluar sekarang juga?” kata Bayu bersungguh-sungguh cuba untuk untuk meyakinkan Nur untuk mencari jalan keluar malam ini juga.
“Bercakap sememang lebih senang daripada bertindak, lebih-lebih lagi apabila seseorang itu mengendong seseorang dan pada masa yang sama mencari jalan di dalam kegelapan rimba,”balas Nur sinis. Kali ini Bayu cuba untuk membalas balik tetapi dipatahkan oleh Nur. “Jika kamu mempunyai tenaga untuk melawan balik kata-kata aku, apa kata jika kamu gunakan tenaga itu untuk mencari tempat bermalam, lebih bagus.”
“Tadi aku ada nampak sebuah istana lama. Kita sepatutnya boleh bermalam di situ,”jelas Bayu yang cuba untuk bertolak ansur dengan Nur.
“Istana lama? Tetapi aku tidak pernah lihat pun sebuah istana pun di rimba ini. Apa kau pasti yang kau lihat itu sebuah ilusi?” kata Nur.
“Itu bukannya sebuah ilusi, saya tahu istana itu wujud, saya sendiri yang lihat istana itu tadi!” tegas Bayu sambil memukul belakang Nur.
“Aduh, ya, ya, awak betul, janganlah pukul saya lagi sakit tahu tak, dahlah saya sekarang mengendong awak lepas itu dipukul pula, sampai hati awak buat saya begini,” pinta Nur dengan suara yang sedih seolah-olah menginginkan simpati Bayu. Bayu tersenyum puas lalu berkata, “Itulah siapa suruh awak tak percayakan saya, kan dah kena.”
“Iyalah, awaklah yang menang sekarang apa yang awak tunggu lagi, tunjukkanlah arah istana yang awak dengar itu,” kata Nur.
“Di sebelah sana, di puncak bukit itu, ,” ujar Bayu sambil menundingkan jari telunjuknya ke arah bukit yang terletak tidak jauh daripada tempat mereka berdiri. “Jauhnya, nampaknya terpaksalah saya mendukung awak ke sana. Awak sudahlah berat, terasa menyesallah pula,” kata Nur sambil mengeluh.
“Mana ada, saya tak beratlah janganlah cuba mempermainkan saya lagi,” balas Bayu sambil memukul belakang badan Nur sekali lagi.






Bermalam
            “Adakah istana ini yang kamu maksudkan tadi Bayu, kelihatannya istana ini sudah lama tidak berpenghuni,” kata Nur kepada Bayu.
“Ya, dan istana ini kelihatan menyeramkanlah, Nur. Saya takutlah, Nur” kata Bayu.
“Bukankah kamu juga yang cadangkan tempat ini, cepatlah jangan takut sayakan ada, Bayu,” pujuk Nur sambil memandangkan Bayu tersenyum. Hati Bayu menjadi sedikit lega namun ketakutannya tetap ada.
“Baiklah, sebelum kita masuk apa kata jika saya nyalakan obor ini dahulu. Tak perlulah kita bergelap lagi,” saran Nur sambil menunjuk ke arah sebatang obor yang tidak menyala tidak jauh daripada mereka. “Kalau begitu cepatlah lagipun hari sudah semakin gelap tak lama lagi suasana pasti akan menjadi semakin sejuk,” ujar Bayu. Selepas menyalakan obor tersebut Nur dan Bayu memasuki kawasan istana lalu melepasi pintu utama istana.
Setibanya mereka di dalam istana, Nur dan Bayu menyalakan semua obor  dan pelita untuk menerangi seluruh ruang istana. Keadaan istana yang tadinya gelap dan suram kini menjadi cerah dan seolah-olah hidup dengan nyalaan obor-obor dan pelita tadi.
“Bukankah keadaan sekarang lebih terang dan baik daripada tadi. Kamu sudah tidak begitu takut lagi bukan,” ujar Bayu.
“Emm,” jawab Nur sambil mengangguk kepalanya tersenyum.
“Kau tahu Bayu hiasan di istana ini seolah-olah masih dijaga dengan baik, tidak ada walau secalit debu pun yang ada di atasnya. Bagaikan masih dijaga dengan rapi oleh seseorang,” kata Bayu.
“Ahh ja..janganlah kata begitu Nur. Kamu pun tahu aku tidak begitu suka dengan perkara yang kamu cakapkan tadi, perkara itu membuatkan aku takut,” kata Bayu dengan gagapnya.
Melihatkan reaksi Bayu yang sudah hampir menangis, Nur lantas mencari akal untuk mengalihkan topik perbualan mereka supaya Bayu tidak mula menangis. “Kamu tahu tak Bayu, dari tadi aku lihat terdapat banyak simbol sayap. Daripada pintu gerbang tadi hinggalah ke dalam balairung seri ini semuanya pasti ada simbol sayap, kenapanya agaknya?” tanya Nur. Walaupun dia tahu yang soalan yang ditanyanya agak bodoh kerana dia tahu jawapanyan tetapi dibiarkan sahaja soalan itu diucapkan oleh mulutnya.
“Ini kerana sayap itu ialah jata kerabat diraja kerajaan Rajawali  lama sebelum garis warisan takhta bertukar dua generasi dahulu. Dikatakan bahawa pada zaman penubuhan kerajaan Rajawali, raja pertamanya mempunyai sayap malah istananya pula bertempat di dalam Rimba Larangan ini. Itu mengapa orang ramai dilarang memasuki kawasan rimba ini, bukannya kerana terdapat sumpahan ataupun jembalang di sini. Itu semua hanya karut semata-mata,” terang Bayu dengan panjang lebar. Pertanyaan Nur tadi ternyata membuahkan hasil, Bayu sudah melupakan segala ketakutannya tadi malah menjadi lebih bersemangat.
“Ohh, begitu. Barulah saya faham,” ujar Nur. “ Tapi bagaimana kamu tahu sebegitu dalam tentang sejarah kerajaan kita?” soal Nur
“Mengapa, kamu tidak percaya? Itulah lain kali jangan cuba pandang rendah terhadap  kaum perempuan, tahu?” sinis  Bayu kepada Nur. Ishh, aku pula yang terkena menyesallah pula aku tanya dia, ujar hatinya.
“Sekarang apa kata kita makan dahulu, tadi saya ada nampak makanan di dapur sebentar tadi,” cadang Nur.
“Makanan? Tapi bagaimana pula ada makanan di sini, bukankah istana ini sudah lama ditinggalkan?”ujar Bayu.
“Saya tidak tahu dan saya tidak mahu tahu tapi yang penting sekarang ialah kita harus mengisi perut kita sekarang atau tidak kita harus kelaparan hinggalah kita kembali di kediaman kita esok dan itu pun belum tentu kita boleh makan,” tegas Nur. Bayu yang tadinya tidak bersetuju akan cadangan Nur akhirnya terpaksa bersetuju juga.
“Nur cara awak makan tidak bersopanlah cubalah awak bersopan sedikit seperti saya,” ujar Bayu.
“Tapi saya tidak tahu bagaimana adab di atas meja. Awak ajarlah saya,”kata Nur.
“Baiklah, pertama sekali awak kena tegakkan badan awak seperti saya tapi jangan terlalu tegak macam kayu dan makan dengan sudu. Apabila menggunakan sudu itu, janganlah pula mulut kita datang kepada sudu tetapi sudu yang datang kepada mulut kita, seperti begini,”ajar Bayu sambil menunjukkan cara-caranya kepada Nur. Lagaknya tidak ubah bagaikan seorang guru mengajar anak muridnya. Nur hanya mendengar dan mengikutinya secara perlahan-lahan dan suasana ruang makan istana itu hidup dengan telatah dan gelagat dua orang kanak-kanak itu. Tidak lama kemudian, timbul satu lagi masalah untuk Nur dan Bayu. Masa untuk tidur.
“Alah, Nur, tidurlah dengan saya. Saya tidak mahu tidur seorang diri di dalam bilik itu seorang diri, takutlah,” pinta Bayu kepada Nur sambil memeluk tangannya.
“T..ta..tapi tak naklah awak tidurlah seorang awak kan perempuan, saya lelaki, mana boleh perempuan dan lelaki tidur bersama,” tegas Nur dengan muka yang merah, malu dengan saranan Bayu.
“Ala, kitakan budak-budak lagi, mana ada apa-apa, cepatlah,”
Dan keadaan ini berterusan sehinggalah Nur mengalah dan memasuki bilik tidur utama bersama-sama Bayu yang masih memeluk tangan Nur dengan erat walaupun terdapat sedikit kekecohan yang berlaku tetapi kemudiannya mereka tidur dengan aman dan nyenyak sekali bagaikan bayi.
Pendedahan
Pada keesokkan paginya, mereka dikejutkan dengan sesuatu yang mereka tidak sama sekali mereka jangka . Seorang lelaki yang berjubah menutupi badannya dan berkerudung menutupi kepalanya berdiri di hadapan mereka seperti sedang menunggu mereka untuk bangun .
Awal pagi itu, Bayu bangun lebih awal daripada Nur apabila dia melihat lelaki itu lalu menjerit sehingga jeritannya itu memenuhi isi istana dan mengejutkan Nur. Nur yang terpinga-pinga bangun melihat lelaki itu dan menunjukkan reaksi yang serupa dengan Bayu. Mereka terpegun melihat lelaki itu.
Tidak lama kemudian lelaki itu mula bersuara, “Janganlah kamu berdua takut akan aku. Aku pun sama seperti kamu manusia juga cuma lebih berusia.”
“S..ss...si..siapakah awak, boleh saya tahu?” tanya Bayu yang sudah mula pulih daripada kejutan tadi.
“Namaku tidaklah penting untuk kamu berdua tahu namun  jika kamu ingin tahu juga panggil sahaja aku Si Tua Bijaksana, itulah yang mereka gelar aku dahulu.”katanya.
“Mereka?”soal Bayu.
“Ya, mereka yang pernah tinggal di istana ini tidak lama dahulu,” balasnya.
“Bila kali terakhir istana ini mempunyai penghuni?” soal Nur.
“Sebelas kurun atau sepuluh kurun? Aku sendiri juga sudah lupa,” jawabnya. Jawapan yang diberikan oleh Tua Bijaksana itu membuatkan Nur dan Bayu terkejut dan dipenuhi oleh persoalanan.
“Istana ini mempunyai keistimewaannya sendiri, ia mampu memberi kepada seseorang itu kuasa bergantung kepada kesucian hati dan niat murninya. Ia sendiri telah memberi kepada aku dengan izin Tuhan, suatu jenis kesaktian dan umur yang panjang,” terang Si Tua Bijaksana kepada mereka berdua.
“Jadi itu bermakna kami juga telah menerima kuasa daripada istana ini?” tanya Nur dengan nada yang ghairah.
“Dengan izin Tuhan, kamu berdua mungkin telah pun menerima kuasa itu namun itu terpulang juga dengan kesucian hati kamu dan niat murni kamu sendiri, jika hatimu suci dan niatmu murni maka semakin hebatlah kuasa kamu nanti,” terangnya.
“Bagaimana pula kami tahu kami sudah memilikinya?” tanya Bayu.
“Apabila tiba masanya nanti kamu akan tahu tentangnya. Ada apa-apa soalan lagi?” balasnya.
“Ya, satu sahaja lagi. Adakah kamu yang menunjukkan jalan ke taman kepada saya di hutan semalam?” tanya Bayu.
Dia diam buat seketika lalu membuka kerudungnya dan menunjukkan mukanya sambil tersenyum ke arah Bayu. “Mari tentu kamu berdua sudah lapar. Saya sudah sediakan sarapan dan air mandian untuk kamu selepas itu saya akan tunjukkan jalan keluar dari rimba ini supaya kamu boleh pulang ke rumah masing-masing,”katanya sambil mengalih tajuk perbualan mereka.
 “Saya pasti keluarga kamu berdua pasti amat bimbang dengan kamu berdua lebih-lebih lagi keluarga kamu Bayu, habis satu negeri kecoh dengan kehilangan kamu,”katanya lagi.
“Hah, kenapa pula perlu seluruh negeri kecoh dengan kehilangan Bayu?” soal Nur.
“Hmm, oh, ya, betul kau belum lagi tahu identiti Bayu yang sebenar bukan.”
“Bayu itu sebenarnya adalah puteri kerajaan Rajawali malah puteri tunggal Raja Iskandar dan Ratu Aishah, pemerintah terkini kerajaan Rajawali.”
“P.put..puteri!Bayu, kamu seorang puteri!” kata Nur dengan gagap.
“Ya, kamu tidak tahu ? Oh, ya, saya tak beritahu awak sebelum ini,maaflah,ya. Tua marilah kita makan saya sudah lapar ni,”kata Bayu sambil tersenyum.
“Baiklah, tuan puteri mari saya tunjukkan jalannya,” balas Tua Bijaksana sambil memegang tangan Bayu lalu berjalan meninggalkan Nur yang masih lagi dalam keadaan terkejut.

Perpisahan
“Inilah jalan yang akan membawa kamu berdua keluar daripada rimba ini, tiada halangan lagi di hadapan, kamu berdua hanya perlu terus berjalan dan kemudian kamu akan menemui jalan keluar tidak lama kemudian,” arah Si Tua Bijaksana.
“Kamu tidak mengikut kamikah, Tua?” tanya Bayu.
“Sudah berkurun lamanya aku mendiami rimba ini, menjaga Istana Mahameru,tidak pernah pun aku menjejakkan kaki aku keluar dari rimba ini walaupun sehari, apa yang kamu berdua fikir sehingga mampu membuat aku mengubah keputusan yang sudah lama aku tetapkan,” katanya.
“Kamu pasti, Tua?”
“Ya, aku pasti dengan keputusan aku. Janganlah kamu berdua bersedih akan perpisahan ini, apabila tiba waktunya nanti kita semua pasti akan berjumpa lagi.” Katanya lagi menenangkan hati Nur dan Bayu.
Selepas mengucapkan selamat tinggal kepada Si Tua Bijaksana mereka pun berjalan menyusuri jalan yang ditunjukkan  oleh Si Tua tadi. Tidak beberapa lama kemudian mereka pun berjaya keluar daripada rimba tersebut.
“Akhirnya, kita akan berpisah di sini bukan?” kata Nur.
“Ya, dan aku pasti akan rindu akan kamu nanti,” kata Bayu.
“Nah, ambillah kain sapu tangan ini. Kain sapu tangan ini adalah warisan datukku ketika dia tinggal di istana dahulu, ia adalah harta yang amat berharga bagi aku. Aku ingin kamu menyimpankannya untuk aku. Suatu hari nanti apabila kita berjumpa lagi, tunjukkanlah sapu tangan ini dan aku pasti akan mengenali kamu,” kata Nur sambil menghulurkan sapu tangan yang mempunyai sulaman sayapyang  berwarna putih keemasan.
“Wah, cantiknya sapu tangan ini. Terima kasih Nur, tapi tak adillah jika awak saja yang beri hadiah pada saya. Saya pun nak bagi hadiah pada awak.”
“Tak perlulah, awak tak payahlah susahkan diri awak”
 “Nah, jaga loket saya ini baik-baik tahu, loket ini seperti mana sapu tangan awak adalah warisan keluarga saya cuma lebih tua daripada sapu tangan awak namun tetap merupakan barang yang amat berharga bagi saya,”kata Bayu sambil memberi loket yang berada di lehernya.
 “Baiklah,”kata Nur sambil menerima loket yang berukiran tersebut.
“Ahh, saya nak bagi awak satu lagi hadiah tapi awak kena tutup mata awak dahulu,”arah Bayu.
“Kenapa nak tutup mata pula?”soal Nur.
“Ala, tutuplah mata”rayu Bayu.
“Yalah, yalah, saya tutup matalah ni” kata Nur menurut rayuan Bayu. Kemudian satu sensasi yang basah namun hangat hinggap di pipi Nur. Nur terkejut lalu membuka matanya lalu mengusap pipinya, dilihatnya Bayu sedang tersenyum terhadapnya.
“Awak...awak..” gagap Nur dengan muka merahnya, malu untuk meneruskan percakapannya.
“Shh, ingat, ini rahsia tahu,” kata Bayu sambil meletakkan jari telunjuk di mulutnya.
“Yy..ya,” akur Bayu.
“Bila tiba masanya nanti, tunjukkanlah loket ini sebagaimana saya akan tunjukkan sapu tangan awak,” saran Bayu. “Dengan itu mudahlah kita hendak mengecam satu sama lain nanti,”tambahnya lagi.
“Saya pasti kita akan berjumpa lagi nanti. Saya pasti akan cari awak,”kata Nur.
“Janji?”
“Ya, saya janji,”balas Nur.

1 comment:

  1. best jugak cerpen niee...wahhh...senang cite best la...Bayu n Nur..saling tolong menolong antara kawan2...mnunujukkan sahabat yg sejati..hope sgt kite smue mcm nie...xde la asyikkk bergaduh je sesama kite..

    ReplyDelete